Abdul Hadi diingatkan tidak sebar kebencian, menderhaka Agong

PH ingatkan Abdul Hadi tidak sebar kebencian, derhaka Agong

hadi
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diingatkan tidak menyebarkan kebencian dan berita palsu serta menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, Abdul Hadi perlu membuat laporan polis berhubung kenyataannya yang mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia.

“Hentikanlah sebar kebencian, kepalsuan. Jika benar DAP seperti apa yang dituduh, buat laporan polis. Biar pihak berkuasa ambil tindakan.

“Pada masa  sama, ingatlah titah nasihat Agong agar kita semua rapatkan saf demi masa depan Malaysia tercinta. Jangan derhaka,” tulis beliau dalam akaun Twitternya hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa DAP mempromosi Islamofobia kepada golongan bukan Islam, melalui Facebooknya.

Abdul Hadi mendakwa, Pas terus menjadi sasaran DAP selepas melihat kemaraan parti itu meraih kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

DAP dakwanya, ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai pada waktu siang demi kepentingan politiknya, selain menyebarkan Islamofobia kepada kaum bukan Islam.

Ahli Parlimen Marang itu turut mendakwa DAP sebagai sebuah parti melampau walaupun cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin Melayu Islam, namun ia sekali-kali tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan prinsip agama Islam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya