AAG Global Resources intai tembusi pasaran Indonesia

AAG Global Resources intai tembusi pasaran Indonesia

AZLIN Hilda Abdul Latif (tengah) bergambar bersama kakitangan AAG Global Resources dalam satu majlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan produk kesihatan AAG Global Resources dijangka menembusi pasaran Indonesia mulai tahun depan.

Pengasas syarikat, Azlin Hilda Abdul Latif berkata, inisiatif tersebut kini sudah bermula dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

Katanya, langkah tersebut dibuat selepas melihat penguasaan pasaran ke peringkat antarabangsa berdasarkan faktor dalam memenuhi mengembangkan syarikat untuk jangka panjang.

“Ada potensi pasaran bagi produk penjagaan kesihatan di negara berkenaan dan juga permintaan daripada pelanggan terhadap produk buatan Malaysia yang semakin bertambah.

“Untuk pasaran domestik, kami juga mengunjurkan jualan berganda pada tahun depan selepas melihat keyakinan kukuh pelanggan sedia ada terhadap produk kami iaitu Bodyflasshh sejak ia mula dilancarkan dua tahun lalu. 

“Kejayaan ini memberi rezeki kepada syarikat dalam usaha membantu pelanggan terutama mengawal berat badan selepas banyak menghabis masa di rumah ketika pandemik,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Dua produk syarikat tersebut iaiti Bodyflasshh Queen dan Bodyflasshh Drink yang dijual pada harga antara RM69 hingga RM89 sekotak melalui pemasaran secara online dan juga melalui ejen dan stokis di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Azlin Hilda berkata, produk Bodyflasshh Drinks menawarkan tiga perisa iaitu coklat untuk 58 tahun ke atas bagi membantu mengawal berat badan.

“Pengambilan secara sihat dengan mengamalkan minum lapan gelas air suam sehari dan menghentikan minuman bergas serta mengamalkan konsep makanan suku suku separuh bakal mempercepatkan lagi proses mendapatkan berat badan yang ideal mengikut kesesuaian faktor umur dan tahap kesihatan.

“Namun produk ini tidak bersesuaian untuk ibu yang sedang hamil, mereka yang mempunyai penyakit jantung serta darah tinggi kronik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya