885 mangsa banjir di Sepang, 8 PPS dibuka

885 mangsa banjir di Sepang, 8 PPS dibuka

CALON BN Parlimen Sepang, Anuar Basiran berbual dengan mangsa banjir ketika melawat di PPS di Dewan Komuniti Dengkil, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lebih 885 mangsa banjir daripada 226 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah ini setakat pukul 8 malam tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang memaklumkan, mangsa-mangsa berkenaan dari Kampung Ampar Tenang, Kampung Sri Tanjung, Kampung Semarang, Kampung Sungai Buah dan Kampung Cemperai.

Beliau berkata, sejumlah lapan PPS dibuka masing-masing di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Balai raya MPKK Taman Semarang, Balai raya Sungai Buah dan Dewan Komuniti Pekan Dengkil.

“PPS lain termasuk Balai Raya Kampung Bukit Tampoi, Balai Raya Batu 28 Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebagsaan (SMK) Dengkil dan Sekolah Rendah Agama Dato’ Ahmad Razali Dengkil.

“Mangsa paling ramai berlindung di SMK Dengkil dengan 397 mangsa membabitkan 109 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, pihaknya masih memantau situasi banjir di lima kampung berkenaan susulan air lambat surut dan berbahaya.

Beberapa lokasi dan kawasan rendah khususnya di Dengkil dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Selain itu, beberapa ban turut pecah menyebabkan air sungai dan tali air melimpah keluar sebelum memasuki kediaman penduduk.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sepang memaklumkan punca banjir di Dengkil adalah kerana hujan lebat yang berpanjangan yang menyebabkan peningkatan paras air sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya