80 institut pendidikan Islam swasta berdaftar Jawi

80 institut pendidikan Islam swasta berdaftar Jawi

ALIMUDDIN Mohd. Dom (tengah) ketika mengendalikan Townhall Pengurusan IPIS Wilayah Persekutuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 80 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di Wilayah Persekutuan sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Jabatan berkenaan memaklumkan, ia membabitkan 31 buah institusi tahfiz, lima buah sekolah menengah agama, sebuah institusi pondok, 31 buah sekolah rendah agama dan 12 buah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). 

Menurutnya, pendaftaran itu penting demi memastikan kemudahan pembelajaran kondusif serta silibus yang ditawarkan selaras dengan pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sekali gus memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi.

“IPIS berperanan dalam menyediakan peluang kepada anak-anak di Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pendidikan agama tersusun dan terancang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, sepanjang tahun lalu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan dana berjumlah RM25 juta bertujuan melancarkan pengurusan IPIS di bawah selian Jawi.

Terdahulu, Jawi menganjurkan program Townhall Pengurusan IPIS Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan susulan Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) Kali ke-57 dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Program itu penting bagi perkongsian maklumat berkaitan dasar-dasar semasa pendidikan Islam serta menjadi platform bagi mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan IPIS di Wilayah Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya