714 mangsa banjir di Sepang masih berlindung di PPS 

714 mangsa banjir di Sepang masih berlindung di PPS 

CALON PN Parlimen Sepang, Datuk Seri Rina Harun ketika melawat mangsa banjir di PPSdi Dewan Komuniti Dengkil, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jumlah mangsa banjir di daerah ini yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak banyak berubah berbanding semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi berkata, setakat pukul 8 malam tadi, seramai 714 mangsa banjir membabitkan 182 keluarga masih berada di PPS.

Beliau berkata, mereka ditempatkan di enam PPS masing-masing di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Balairaya MPKK Taman Semarang dan Dewan komuniti Pekan Dengkil.

“PPS lain termasuk di Sekolah Menengah Kebagsaan (SMK) Dengkil, Sekolah Rendah Agama Dato’ Ahmad Razali Dengkil dan Sekolah Labu Lanjut,” katanya.

Katanya, berbanding semalam, jumlah mangsa yang dipindahkan adalah seramai 885 orang masing-masing di lapan PPS semalam, namun jumlah itu mencecah 1,020 orang malam tadi.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya masih memantau tujuh lokasi banjir masing-masing di Kampung Ampar Tenang, Kampung Sri Tanjung, Kampung Semarang, Kampung Sungai Buah, Kampung Cemperai, Taman Salak Budi dan Taman Indah Puteri.

“Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di SMK Dengkil dengan 308 orang membabitkan 80 keluarga,” katanya.

Difahamkan, beberapa kampung masih digenangi air dan penduduk tidak dibenarkan pulang kerana keadaan masih berbahaya.

Hujan lebat bermula malam Rabu lalu menyebabkan beberapa lokasi di daerah ini dinaiki air malah, ia turut menyebabkan beberapa ban pecah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya