300 peserta Himpunan Solidariti beri sokongan

300 peserta hadir Himpunan Solidariti beri sokongan kepada Presiden UMNO

PESEERTA membacakan Ikrar Sumpah Melayu diketuai oleh Timbalan Presiden Waris PEKEMBAR Malaysia, Datuk Zein Isma Ismail pada Himpunan Solidariti Menyokong Institusi Presiden UMNO di ibu negara hari ini -UTUSAN/; MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 300 ahli Sekretariat Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Islam berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Himpunan Solidariti itu diadakan susulan tindakan segelintir pemimpin parti yang mendesak beliau meletakkan jawatan selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Waris PEKEMBAR Perlis, Shahbudin Embun berkata, Ahmad Zahid adalah salah satunya Presiden UMNO yang bukan Perdana Menteri dan tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Menurutnya, Ahmad Zahid banyak berjasa kepada UMNO dan hanya bergerak berseorangan untuk mengembalikan imej baik UMNO tanpa sokongan padu dari rakan-rakan UMNO dan BN.

“Ramai yang mendesak Ahmad Zahid untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, dan lansung tidak berhati perut dengan membiarkan bekas Perdana Menteri dan bos mereka yang banyak berjasa bakal meringkuk berpuluh tahun di penjara.

“Ketika menang, sama-sama gembira, ketika kalah semua dengan mudah menunding jari kepada Presiden,” katanya pada sidang akhbar di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Shahbudin menambah, apa yang paling penting sekarang ialah mereka perlu memberi peluang kepada calon-calon muda untuk meneruskan legasi perjuangan UMNO.

Sementara itu, Timbalan Presiden Waris Berkembar Malaysia, Datuk Zein Isma Ismail Tekan berkata, meletakkan kesalahan hanya kepada Presiden sahaja adalah tidak wajar dan adil.

“Ahli-ahli BN yang tidak puas hati dan menunding jari hanya kepada presiden ini, saya rasa tak adil dan wajar.

“Kita perlu selidik kembali siapa yang buat kenyataan tidak berasas dan biadap ketika pilihan raya kerana kenyataan-kenyataan daripada sebahagian pemimpin ini telah merosakkan nama dan juga maruah parti,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya