21,164 anggota polis, ATM mengundi awal di Pahang

21,164 anggota polis, ATM mengundi awal di Pahang

RAMLI Mohamed Yoosuf (depan) selesai melaksanakan pengundian awal di Dewan Badminton Kompleks PDRM Alor Akar di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 21,164 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengundi awal di 50 pusat mengundi melibatkan 70 saluran di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, seramai 6,137 pengundi awal melibatkan pegawai dan anggota PDRM dari Kontinjen Pahang serta 15,027 dari warga tentera.

Menurutnya, perjalanan mengundi awal didapati berjalan lancar dan sempurna apabila semua anggota terlibat bersedia sejak awal pagi. 

“Setakat ini, kita (polis) mendapati dalam tempoh waktu berkempen, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan mengharapkan agar keadaan harmoni ini dapat berterusan sehingga hari terakhir kempen. 

“Kalau dahulu orang berparang bergolok kerana politik dan sebagainya, namun sekarang sudah ada kematangan serta banyak idealism dikeluarkan.

“Peranan media sosial juga membantu dan memainkan peranan membuatkan faktor emosi dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses mengund awal di Dewan Badminton Kompleks PDRM Alor Akar di sini hari ini.

Mengulas tentang kempen pilihan raya beliau berkata, sehingga 14 November lalu, Polis negeri sudah mengeluarkan sebanyak 2,007 permit dengan 284 permit melibatkan hampir 1,494 ceramah politik.

“Setakat ini, statistik laporan polis yang diterima sepanjang tempoh berkempen ini adalah sebanyak 270 kes dengan semalam, sebanyak 31 laporan.

“Tidak semua laporan dibuka kertas siasatan yang mana setakat ini sebanyak 15 kertas siasatan dibuka dengan dua tangkapan dibuat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.