10,097 tentera, pasangan tunai tanggungjawab di Melaka - Utusan Malaysia

10,097 tentera, pasangan tunai tanggungjawab di Melaka

ZAMROSE Mohd. Zain (kanan) meninjau proses pengundian awal di SK Kem Terendak 2, Sungai Udang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berpuas hati dengan komitmen 10,097 anggota dan pegawai Tentera Darat serta pasangan di negeri ini, menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia mengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, proses pengundian awal dilihat tersusun dan tidak berlaku kesesakan di tujuh pusat pembuangan undi (PPU) sejak dibuka bermula pukul 8.00 pagi tadi.

Jelasnya, sebagai contoh di Kem Terendak, mereka yang keluar mengundi adalah mengikut pasukan dan mempunyai masa-masa tertentu sehingga proses pengundian tamat, pukul 5.00 petang.

“Saya turun ke bawah bukan mahu mengganggu tetapi untuk tengok proses undi awal ini supaya ia diselaraskan dengan betul dan anggota tidak perlu berpusu-pusu untuk mengundi.

“Saya mahu mereka semua menunaikan tanggungjawab keluar mengundi untuk memilih kerajaan yang terbaik untuk negara kita,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak 2, Sungai Udang di sini hari ini.

Dalam kenyataan memaklumkan, seramai 10,097 pegawai dan anggota tentera serta pasangan mengundi di empat Parlimen iaitu Tangga Batu, Hang Tuah Jaya, Masjid Tanah dan Alor Gajah.

Bagi lokaliti di Kem Terendak dan Kem Sungai Udang, terdapat 9,570 pengundi berdaftar terdiri daripada 7,571 pegawai dan anggota tentera, serta 1,999 pasangan terlibat.

Terdapat tujuh PPU di Melaka iaitu SK Terendak 1, SK Terendak 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terendak dan Dewan Borhan di Kem Sungai Udang.

Tiga lagi PPU adalah Bilik Gerakan 96 Depot Pusat Peluru (DPP) Kem Masjid Tanah; Dewan Sri Beruang Rejimen 514 Askar Wataniah dan Bilik Pusat Latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya