Yayasan Bank Rakyat bantu tiga beradik hidap polio

Yayasan Bank Rakyat bantu tiga beradik hidap polio

YAYASAN Bank Rakyat memberi sumbangan RM5,000 kepada keluarga Mohd. Zamri Asmoni yang mempunyai tiga orang anak yang menghidap polio ketika mengadakan kunjungan di kediamannya di Nilai, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM5,000 disumbangkan oleh Yayasan Bank Rakyat kepada Mohd. Zamri Asmoni bagi meringankan bebannya dalam menjaga tiga orang anaknya yang menghidap polio dan berada dalam kategori orang kurang upaya (OKU).

Beliau yang bekerja di syarikat kurier di Nilai dan isterinya hanya suri rumah memohon bantuan daripada Yayasan Bank Rakyat setelah terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketiga-tiga anaknya, Muhammad Hariz, Muhammad Hakimi dan Muhammad Uzair Hakim yang kini berumur sembilan ke 17 tahun masih memerlukan pantauan rapi dan penjagaan khusus dari ibu bapa mereka.

Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, pemberian bantuan berupa wang tunai ini adalah bagi membantu Mohd. Zamri menyediakan keperluan asas isi rumah dan bantuan tambahan dana bagi keperluan anak-anak OKU.

Katanya, pihaknya sentiasa menyediakan beberapa alternatif pemberian bantuan untuk golongan yang benar-benar memerlukan.

“Inisiatif ini diberikan sebagai bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan yang juga terdiri dalam kalangan asnaf, fakir miskin, anak yatim dan golongan ibu tunggal tatkala berdepan dengan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Yayasan Bank Rakyat juga memohon kepada mana-mana agensi, syarikat atau individu yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan bantuan melalui ke akaun Maybank Mohd. Zamri iaitu 155108669008. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya