Wanita maut, kenderaan langgar tiang lampu

Wanita maut, kenderaan langgar tiang lampu

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit di Kilometer 12, Jalan Batu Pahat-Kluang, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang wanita maut akibat cedera parah selepas kenderaan dinaiki melanggar tiang lampu jalan di Kilometer 12, Jalan Batu Pahat-Kluang, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, Mahani Mahfool, 26, tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal di lokasi kejadian. 

Suami mangsa, Mohammad Rahmat Amin, 31, yang turut tersepit di tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah  manakala anak pasangan itu yang berusia empat tahun hanya cedera ringan. 

“Hasil siasatan mendapati kereta jenis Honda Ferior yang dinaiki keluarga ini dalam perjalanan dari arah Sri Gading ke Bandar Batu Pahat. 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu di atas pembahagi jalan sebelum memasuki laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan dan proses bedah siasat. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II)  Firdaus Ahmad berkata, seramai 13 anggota dengan sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nur Eddy Paiman  dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian pada pukul 9.19 malam. 

Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan pasangan suami isteri itu yang tersepit di tempat duduk masing-masing. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya