Wali jantan Perlis dapat permintaan tinggi

Wali jantan Perlis dapat permintaan tinggi

SHAHABUDDIN Sabu membuat ukiran pada hulu wali jantan Perlis yang dihasilkan bagi memenuhi permintaan pelanggan dari seluruh negara di Kangar, Perlis semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Wali jantan Perlis yang jarang kedengaran sebelum ini semakin mula mendapat tempat di hati peminat dan pengumpul senjata tempur tradisional di seluruh negara.

Kebiasaannya, masyarakat hanya mengetahui mengenai wali jantan Kedah namun tidak ramai maklum tentang kewujudan wali jantan Perlis yang mempunyai keunikan tersendiri serta menjadi senjata tersembunyi sewaktu bertempur.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penempa wali jantan Perlis, Shahabuddin Sabu, 45, berkata, senjata itu sering disematkan pada bahagian sisi atau belakang pinggang di dalam busana dan digunakan sebagai senjata kedua sewaktu bertempur pada jarak dekat.

SHAHABUDDIN Sabu menunjukkan beza antara wali jantan Kedah dan wali jantan Perlis yang erletak pada bahagian hulunya di Kangar, Perlis semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

Katanya, wali jantan Perlis merupakan sejenis pisau yang menjadi senjata pendek malah bilahnya bersifat meruncing tajam dan terbalik ke atas tidak sama seperti keris atau senjata lain.

“Kedudukan mata bilahnya yang terbalik seringkali memperdayakan dan mengelirukan lawan sewaktu bertempur serta amat digeruni musuh suatu ketika dahulu,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Shahabuddin berkata, beza antara wali jantan Perlis dan wali jantan Kedah adalah terletak pada bahagian hulunya.

Katanya, wali jantan Perlis kebiasaannya menggunakan sampir berbentuk bunga geti dan hulunya berbentuk buah jering.manakala bahagian hulu wali jantan Kedah diperbuat daripada teras kayu seperti asam jawa dan dilarik cantik berbentuk pucuk kecubung,” katanya.

Pada kebiasaannya dia mengambil masa antara dua hingga tiga hari bagi menghasilwali jantan Perlis bergantung atas permintaan pelanggan.

Shahabuddin memaklumkan pihaknya mendapat tempahan bagi pembuatan senjata berkenaan daripada pelanggan di seluruh Malaysia, Selatan Thailand dan Brunei.

“Bagi wali jantan Perlis bilah lima atau enam inci, saya memasarkannya dengan harga sekitar RM250, manakala untuk bilah tujuh hingga sembilan inci pula dijual dalam RM300,” katanya.

Tambah Shahabuddin, dia kerap mengetengahkan mengenai keunikan wali jantan Perlis sewaktu menyertai beberapa pameran seni negeri ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN