Membantu kerajaan atasi masalah malnutrisi di Malaysia

Usaha bantu kerajaan atasi masalah nutrisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan 21% kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami masalah bantut, manakala hasil tinjauan South East Asian Nutrition Survey II (SEANUTS II) oleh FrieslandCampina menunjukkan 84% tidak memenuhi keperluan purata vitamin D dan 70% untuk pengambilan kalsium.

Ternyata, situasi ini amat membimbangkan kerana kita masih berada di belakang sasaran yang ditetapkan KKM dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Pemakanan Malaysia III 2016 – 2025.

Justeru, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) ingin memastikan masalah bantut dan malnutrisi tersebut ditangani secara holistik dengan usahasama strategik dari pelbagai sektor menerusi Perkongsian Awam-Swasta (PPP). PPP memainkan peranan penting dalam memastikan tindakan dan dasar yang dilaksanakan berkesan di lapangan.

Malnutrisi bukan sahaja memberi kesan kepada teras pertumbuhan fizikal dan kognitif kanak-kanak, malah jika tidak dibendung ia akan melarat menjadi isu sosial dan ekonomi yang boleh menjejaskan potensi negara untuk membangun. 

 

malnutrisi

Berdasar petikan temuramah bersama Ketua Penyelidik untuk SEANUTS II di Malaysia dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Poh Bee Koon apabila ditanya sejauh manakah produk tenusu penting kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, beliau berkata: “Susu dan produk tenusu adalah sumber protein haiwan yang mengandungi asid amino yang baik, selain membekalkan nutrien yang menguatkan tulang. Ia merupakan komponen penting dalam diet kanak-kanak untuk memastikan mereka mencapai potensi pertumbuhan dan perkembangan mereka”.

Sebagai organisasi yang prihatin, DLMI terus berinovasi serta merumus semula produk tenusu mereka termasuk menghasilkan pilihan produk tenusu yang sihat selaras dengan inisiatif Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) yang diperkenalkan oleh KKM. Usaha ini juga selari dengan Agenda Kesihatan Kebangsaan untuk mengurangkan krisis kesihatan awam seperti penyakit tidak berjangkit, obesiti dan kekurangan mikronutrien pada kanak-kanak.

Kebanyakan produk Dutch Lady mempunyai nutrien penting. Sebagai contoh, susu Penuh Krim Dutch Lady mengandungi kandungan kalsium dan Vitamin D yang tinggi. Pengambilan susu yang diperkaya dengan Vitamin D merupakan cara terbaik untuk memenuhi keperluan nutrien purata kanak-kanak kerana kalsium dan Vitamin D adalah amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang selain menyokong memperkukuhkan sistem imun 

Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

DLMI menerusi kerjasama Bistari dengan KPM telah mengorak langkah untuk memperkukuhkan lagi peranan penting susu sebagai salah satu penyelesaian untuk menangani kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak.

Sejak 2011, DLMI telah menjadi sebahagian daripada Program Susu Sekolah (PSS) dan sehingga 2017, DLMI telah mengedarkan sebanyak 165 juta pek susu kepada 4.3 juta pelajar sekolah rendah. Di antara inisiatif-inisiatif lain yang dilaksanakan di bawah program PSS adalah seperti Sayangi Sekolahku@3K, MyDMBS, Hari Susu Sekolah Sedunia dan Hari Susu Sedunia di sekolah.

Mulai April 2022, sekali lagi DLMI telah bekerjasama dengan KPM untuk meningkatkan kadar nutrisi di kalangan pelajar sekolah rendah melalui Program Rancangan Makanan Tambahan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan menyediakan produk-produk susu berkualiti pada setiap hari persekolahan. DLMI dijangka akan membekalkan hampir 22 juta pek susu untuk mengkhasiatkan lebih 115,000 pelajar di Malaysia menjelang akhir tahun 2023.

Kewujudan platform-platform tersebut akan menjadi pemudahcara untuk Kerajaan dan DLMI berganding bahu dalam menangani cabaran pemakanan demi meningkatkan tahap kesihatan generasi masa depan Malaysia.

Sebagai syarikat tenusu terkemuka tanah air, DLMI sentiasa meletakkan kesihatan rakyat Malaysia sebagai satu keutamaan. DLMI akan terus menyemarakkan perjuangan mereka untuk mengkhasiatkan rakyat negara ini dalam setiap peringkat kehidupan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya