Usah ambil risiko, kekalkan Shahidan, Zahidi di Arau dan Padang Besar

Usah ambil risiko, kekalkan Shahidan, Zahidi di Arau dan Padang Besar

ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Calon boleh menang antaranya seperti Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Zahidi Zainul Abidin perlu dikekalkan sebagai calon di Parlimen Arau serta Padang Besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Noor Hairi Noor Mohammed berkata, kerusi Parlimen dilihat sangat penting bagi membantu membentuk kerajaan Pusat dan jangan mengambil risiko dengan menampilkan calon ‘payung terjun’ atau pemimpin tidak dikenali.

Katanya, PRU15 adalah penentu kepada hidup mati UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan segala sengketa perlu dibuang dengan pucuk pimpinan perlu memilih calon yang betul-betul boleh menang.

“Gabungan antara calon muda dan yang berpengalaman amat perlu ketika ini memandangkan kerusi Parlimen sangat penting dalam menentukan kerajaan Pusat. 

“Calon-calon muda juga penting dan pada pandangan saya mereka harus bermula di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu bagi mencari pengalaman.

“Perlis sebuah negeri yang amat bergantung dengan kerajaan Pusat dan calon Parlimen memerlukan individu yang mempunyai rangkaian di peringkat pusat bagi membawa pembangunan dan kemajuan untuk negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengesahkan mengemukakan sekurang-kurangnya lima calon bagi setiap kerusi Parlimen dan DUN untuk menjalani saringan sebelum dipilih sebagai calon PRU15 di negeri ini.

SHAHIDAN KASSIM

Sebagai rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986,1990,2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Manakala Zahidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar pula menguasai Parlimen berkenaan sejak dua penggal lalu iaitu pada Pilihan Raya Umum 2013 dan 2018. Sebelum itu, pada pilihan raya 1999 dan 2004, Zahidi menguasai DUN Beseri.

Tambah Noor Hairi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar, pembangkang dikatakan yakin boleh memberi saingan dan tidak mustahil mereka menang jika BN meletakkan calon baharu di Parlimen Arau dan Padang Besar.

“Shahidan dan Zahidi merupakan Menteri dan Timbalan Menteri dan ini bermadsud mereka mendapat kepercayaan Perdana Menteri.

“Perlis merupakan satu-satunya negeri yang memenangi majoriti dua pertiga kerusi DUN dalam PRU14 meskipun ketika itu dibadai tsunami politik. Ini menunjukkan Perlis masih merupakan negeri kubu kuat BN. Jadi jangan diperjudikan peluang menang dengan meletakkan calon sebarangan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya