UMNO usah tunjuk kuasa, kerusi cuma tinggal 37

Bubar Parlimen: UMNO usah tunjuk kuasa, kerusi cuma tinggal 37 – PKR

ORANG ramai mendengar ceramah pimpinan PKR di Jelajah Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, malam ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR mengingatkan pimpinan UMNO supaya sedar bahawa parti itu tidak berkuasa dalam menetapkan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana parti itu hanya mempunyai 37 kerusi Parlimen, tidak termasuk Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada dalam penjara.

“Peringatan pada pimpinan UMNO tak payah fikir mahu bubar. Kamu 37 kerusi saja, tetapi mereka mahu tunjuk mereka masih berkuasa.

“Jangan main-main pemimpin UMNO, sedarlah parti kamu tidak lagi ada majoriti, kamu sekarang tinggal 37 Parlimen.

“Kalau desak juga Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) menghadap Yang di-Pertuan Agong, kuasa masih di tangan Seri Paduka berlandaskan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam Jelajah Rakyat di Bandar Tun Razak, di sini malam  ini.

FAHMI FADZIL

Jelas Fahmi, beliau sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai mendengar rintihan rakyat bahawa sekarang bukan masanya untuk mengadakan PRU15.

Katanya, ini kerana negara baharu sahaja melalui masa sukar sebelum ini sama ada musibah banjir besar mahupun banjir kilat.

“Kalau ada pihak nak pilihan raya umum akan usaha sedaya upaya untuk memastikan Parlimen bubar dalam seminggu ini, tetapi adakah ini adil?

“(Ramai) tak setuju sebab hujan lebat yang berterusan bakal bawa satu bencana musibah banjir tak diduga, namun lihat bagaimana mereka tak berhati perut langsung.

“Kita Angkatan Muda Keadilan (AMK) sudah kumpul dana untuk beli peralatan siap sedia musim banjir, tetapi UMNO buat apa?

“Waktu banjir di Pontian, Ahli Parlimen kawasan itu buat apa?” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.