UMNO kekal namakan Ismail Sabri calon PM jika menang PRU15 

UMNO kekal namakan Ismail Sabri calon PM jika menang PRU15 

AHMAD Zahid Hamidi (kanan) berucap pada  perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk, Perak, hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: UMNO kekal menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sehubungan itu menafikan dakwaan pembangkang yang beliau akan dilantik ke jawatan itu jika BN kembali mentadbir kerajaan Persekutuan.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan melangkaui kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan seorang Perdana Menteri.

“Kita berpegang kepada prinsip bahawa UMNO telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, itu tidak boleh dipertikai lagi.

“Namun, kuasa melantik Perdana Menteri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk, di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan beberapa Bahagian UMNO seluruh negara yang menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi BN.

Pembangkang pula khususnya Pakatan Harapan (PH) mendakwa Ahmad Zahid sebagai Pengerusi BN, bakal menjadi Perdana Menteri jika BN memenangi PRU-15.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Menurut Ahmad Zahid, jika ada parti pembangkang yang menamakan individu lain selain Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri BN, maka ia adalah usaha untuk mereka memecahbelahkan BN dan UMNO.

“Jadi, saya tidak menghormati pendirian itu, kita hormati kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan yang ada pada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Mengenai hasrat anak bekas Timbalan Perdana Menteri pada era Tun Abdul Razak, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail bertanding menentangnya di Parlimen Bagan Datuk pada PRU-15, Ahmad Zahid mengalu-alukan keputusan itu di bawah prinsip demokrasi.

Beliau yang sudah lima penggal menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, pengundi di kawasan itu lebih mengetahui calon terbaik untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat.

“Tentunya pengundi di sini lebih mengetahui hendak memilih intan atau kaca, bukannya (bertanding) semata-mata kerana kebencian, mahu merendahkan imej seseorang atau tidak bersetuju mana-mana orang yang dia rasakan tidak setanding dengan kebolehannya sebagai bekas ahli Parlimen dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.