Timur perbaiki penguasaan bahasa Melayu - Utusan Malaysia

Timur perbaiki penguasaan bahasa Melayu

TIMUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELEMAHAN penguasaan bahasa Melayu tidak mematahkan semangat penyanyi baharu, Timur, untuk tampil menyanyikan single keduanya Sabotage dalam bahasa tersebut. 

Penyanyi berdarah kacukan Melayu – Switzerland ini menganggap penguasaan dalam bahasa ibunda masih boleh ditambah baik dengan pembelajaran dan latihan yang betul. 

“Saya tidak ada masalah menyanyikan lagu berbahasa Melayu dan sebenarnya pernah membawakannya sebelum ini. Saya seronok menyanyi lagu Melayu. 

“Terus terang saya katakan bahasa Melayu saya tidak bagus tetapi saya akan berusaha untuk memperbaikinya. Ini adalah proses pembelajaran untuk saya,” katanya kepada Pancaindera. 

Menurut penyanyi berusia 27 tahun ini, dia bertuah kerana dibantu oleh individu yang cukup berpengalaman dalam bidang muzik.

 “Antara yang banyak membantu saya adalah penyanyi dan guru vokal, Datuk Sya naz Selamat yang sentiasa memperbetulkan sebutan bahasa Melayu saya. 

“Malahan ketika merekodkan lagu Sabotage, komposer, Omar K dan Sya naz akan menolong agar saya menyebut setiap perkataan dengan betul.

“Saya sedar saya banyak kelemahan, lebih-lebih lagi ketika menyebutkan patah perkataan ‘nya’. Ia agak mencabar untuk saya,” katanya lagi.

Dalam masa sama, kata Timur lagi dia tidak kisah dikecam atau dikritik kerana penguasaan bahasa Melayunya masih belum pada tahap memuaskan.

“Saya rasa tidak mudah untuk kita pejamkan mata dan pekakkan telinga terhadap apa yang orang perkatakan tentang diri anda. 

“Tetapi, saya senang menerima dan matang mengendalikan kritikan kerana usia saya.

“Bila anda sudah berusia dan selesa dengan diri sendiri, mudah untuk anda serap kritikan orang dan jadikannya sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri,” ujarnya. 

Bercakap soal nyanyian, Timur sedar tahap kemampuan vokalnya dan kelainan yang ada pada tona suaranya membezakan dia dengan penyanyi lain. 

Namun katanya, itu tidak bermakna dia kini selesa dengan apa yang dimiliki, sebaliknya akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu nyanyian dari semasa ke semasa.

“Syafinaz juga banyak mengajar saya tentang teknik nyanyian yang betul untuk mencari identiti suara saya. 

“Tambahan pula lagu-lagu yang saya nyanyikan banyak melibatkan tarian. Jadi, beliau berkongsi banyak maklumat tentang bagaimana mengekalkan mutu suara ketika menari,” tambahnya. 

Mengulas tentang hala tuju muzik, Timur memberitahu, dia banyak bereksperimentasi dengan pelbagai genre. 

Namun, pada ketika ini, dia berasaskan lebih selesa membawakan lagu-lagu rancak yang sesuai dengan perwatakannya. 

“Saya menyukai pelbagai jenis muzik, daripada muzik Sepanyol, Broadway sehinggalah K-Pop. 

“Tetapi buat masa ini, Pop Dance merupakan jenis muzik pilihan saya. Perkara itu jelas dilihat menerusi dua single yang saya terbitkan, Not A Criminal dan Sabotage,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya