Timbalan Menteri Pertahanan buat laporan polis terhadap Rafizi 

Timbalan Menteri Pertahanan buat laporan polis terhadap Rafizi 

IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ (kanan) dan MOHD. RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli berhubung dakwaan fitnah berkaitan tender pembelian aset meriam.

Laporan itu dibuat Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohammad Iskandar Idris di Ibu pejabat Polis Dang (IPD) Wangi.

Ikmal Hisham berkata, laporan itu dibuat susulan tindakan Mohd. Rafizi yang memuat naik satu artikel dalam Facebooknya semalam bertajuk ‘Batal Niat Surat Anugerah Kontrak Meriam SPH Kepada Syarikat Ada Kaitan Anak Menteri’ yang mengaitkan nama Ahli Parlimen Tanah Merah itu dengan sebuah syarikat.

Tegasnya, artikel itu adalah satu fitnah dan pembohongan yang bertujuan politik bagi mencemarkan nama baik saya.

“Sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, saya sama sekali tidak mempunyai kuasa dalam menentukan atau mempengaruhi pemilihan syarikat di dalam mana-mana perolehan kementerian.

“Ini memandangkan Kementerian Pertahanan telah menetapkan setiap perolehan aset dan kelengkapannya yang baharu mempunyai proses kerja yang perlu dipatuhi dan perlu diperakukan oleh pengguna sendiri iaitu Tentera DaratMalaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum sebarang perolehan dilaksanakan.

“Ini seterusnya dikemukakan kepada agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk kelulusan perolehan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Ikmal Hisham, apa yang dinyatakan oleh Mohd. Rafizi dalam artikel itu juga adalah tohmahan yang bertujuan merosakkan nama baik beliau dan menyemarakkan kebencian orang awam terhadapnya.

Jelasnya, beliau menyerahkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menyiasat serta mendakwa Mohd. Rafizi melalui peruntukan undang-undag sedia ada.

“Pada masa sama sekali lagi saya tegaskan, apa yang dinyatakan oleh beliau adalah satu fitnah dan tohmahan yang bermotif politik apatah lagi dalam keadaan negara dijangka mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lama lagi.

“Saya juga bersedia bekerjasama dalam sebarang siasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya