Tiga negeri PH tidak akan bubar awal

Tiga negeri PH tidak akan bubar awal

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) tidak akan dibubarkan jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi memberi laluan kepada pemimpin di negeri itu untuk fokus kepada kebajikan rakyat yang kini menghadapi banjir.

Tiga negeri berkenaan adalah Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Keputusan mesyuarat Majlis Presiden hari ini, ketiga-tiga negeri yang dipimpin PH akan menumpukan perhatian menangani permasalahan banjir dan meringankan beban mangsa yang terpaksa menghadapi bencana banjir.

“Oleh demikian, mereka tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir. Mereka ada ruang menetapkan pembubaran DUN selepas itu. Mereka takkan bersama kerajaan Persekutuan seandainya PRU diadakan semasa banjir,” katanya pada sidang media di Bilik Taklimat Parlimen, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya