Tiada gangguan minyak masak peket di Pulau Pinang

Tiada gangguan minyak masak peket di Pulau Pinang

PPDNHEP Pulau Pinang mendapati tidak berlaku ganguan bekalan minyak masak peket di negeri itu seperti didakwa sesetengah pihak ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pulau Pinang mendapati tidak berlaku gangguan bekalan minyak masak peket di negeri itu.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa premis runcit dan pasar raya di seluruh Pulau Pinang mendapati bekalan minyak masak peket ada di pasaran. 

Jelasnya, Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan ke atas 24 syarikat pembungkus yang membekalkan 3.434 juta kilogram minyak masak bersubsidi 1 kg di Pulau Pinang setiap bulan.

”Kita mendapati tidak berlaku gangguan di peringkat pengeluaran dan pengedaran ke pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subarrow mendakwa bekalan minyak masak peket bersubsidi berkurangan di kebanyakan kedai runcit di negeri itu sejak beberapa minggu lalu.

Subbarow berkata, perkara itu amat membimbangkan berikutan perayaan Deepavali bakal disambut 24 Oktober ini.

Menurut Jegan, sejumlah 1.9 juta kilogram minyak masak bersubsidi 1 kg telah diedar kepada pasar raya dan peruncit untuk kegunaan domestik di seluruh Pulau Pinang dengan baki berjumlah 1.5 juta kg akan diedarkan bulan ini.

Tambahnya, tiga daripada 24 syarikat pembungkus beroperasi di pusat bandar  dengan kuota pengeluaran bulanan sebanyak 247, 000 kg bagi kegunaan pengguna domestik di daerah Timur Laut dan Barat Daya.

“Selain tiga syarikat itu, syarikat pembungkus lain yang beroperasi di Seberang Perai turut mengedarkan minyak masak bersubsidi 1 kg,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya menjangkakan permintaan minyak masak peket di pasaran akan meningkat untuk persediaan menjelang perayaan Deepavali hujung bulan ini. 

”Minyak masak bersubsidi 1 kg atau minyak masak peket ini adalah untuk kegunaan isi rumah dan bertujuan memastikan lebih ramai isi rumah dapat menikmati subsidi yang diberikan kerajaan. 

“Ia bukan untuk kegunaan mana-mana peniaga kerana golongan ini tidak termasuk dalam golongan sasar untuk mendapatkan bekalan minyak bersubsidi 1 kg bagi kegunaan perniagaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.