Tiada cubaan culik di Rembau, jangan sebar maklumat palsu - Utusan Malaysia

Tiada cubaan culik di Rembau, jangan sebar maklumat palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Polis mengesahkan tiada cubaan culik kanak-kanak yang berlaku di beberapa lokasi di daerah ini termasuk di taman perumahan seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, pihaknya sudah melakukan semakan ke atas mesej tular berkenaan dan didapati tiada kejadian seperti yang didakwa tersebut.

“Pemantauan unit kereta peronda polis (MPV) tidak mengesan sebarang insiden mencurigakan dari mana-mana kenderaan khususnya van putih bernombor plat pendaftaran negara Thailand.

“Sehingga kini, kami tidak menerima sebarang aduan berlakunya kejadian cubaan culik di kawasan Rembau serta Lubok China,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai mesej tular dan menyebarkannya kerana boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN