Terus berbahas sehingga ‘tiba masanya’

Terus berbahas sehingga ‘tiba masanya’

RAMLI MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor meminta semua ahli Dewan Rakyat berbahas seperti biasa selagi parlimen tidak dibubarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pembangkang berhubung pembubaran parlimen yang didakwa akan berlaku tidak lama lagi.

“Bab pembubaran Parlimen ini masih lagi spekulasi, sebagaimana Yang di-Pertuan Dewan Rakyat katakan, ia masih spekulasi.

“Apa yang telah dinyatakan itu, kita akan teruskan sidang seperti biasa sehingga the moment comes,” katanya.

Terdahulu, Teresa Kok (PH-Seputeh) meminta kerajaan menjelaskan sama ada tindakan wakil rakyat membahaskan RUU di Parlimen menjadi sia-sia jika Parlimen dibubarkan memandangkan khabar angin itu bertiup kencang Dewan Rakyat akan dibubarkan hari ini atau esok.

“Dalam minggu ini kita sudah bahas beberapa pindaan dan RUU, sekiranya Parlimen bubar malam ini atau esok, adakah perbahasan kita ini sia-sia sahaja?

Dalam kerajaan baharu adakah semua RUU ini akan dikemukakan dan dibahas semula?,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya