Tajuddin, Mohd, Yusof sah digantung 6 tahun - Utusan Malaysia

Tajuddin, Mohd, Yusof sah digantung 6 tahun

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail sah digantung keahlian parti selama enam tahun atau dua penggal.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diadakan di Menara Dato Onn, malam tadi.

Jelas sumber, Tajuddin yang juga bekas ahli MT UMNO itu digantung kerana membuat kritikan secara terbuka yang disifatkan kepada parti, bukannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Memang betul (mereka) digantung enam tahun. (Alasannya tentu) semua sudah tahu sebab apa. Dia (Tajuddin) ada buat sidang media terbuka. Dia bukan kritik Presiden tetapi (kritik) UMNO.

“(Namun, alasan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar digantung), itu saya tak pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Tajuddin mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka menyerang kepimpinan parti itu selepas beliau digugurkan daripada jawatan ahli MKT UMNO.

Pada 27 Jun lalu, Tajuddin mendedahkan wujud akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Tajuddin dilapor berkata, beliau sendiri menjadi saksi dan turut menolak usaha gerakan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.