SULUNG buka peluang B40 jadi mahasiswa 

SULUNG buka peluang B40 jadi mahasiswa 

KASIM MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul sebagai salah sebuah universiti awam (UA) yang menjadi perintis kepada Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk kemasukan pelajar baharu sesi 2022/2023.

UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, program SULUNG adalah cetusan idea Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad bagi membantu individu pertama dalam keluarga daripada golongan B40.

Katanya, program tersebut dapat memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

“Selari dengan semangat #KPTPrihatin, biarpun menghadapi masalah kewangan, pelajar B40 yang cemerlang tetap dapat meneruskan pengajian, sekali  gus dapat memberi motivasi kepada keluarga dan komuniti setempat. 

 “Pelajar yang terpilih mendapat laluan khusus kemasukan pelajar B40 ke UA  dan turut ditawarkan biasiswa, elaun bulanan, asrama dan pementoran sehingga mendapat pekerjaan,” katanya.

Sementara itu,  Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor  baru-baru ini menyerahkan surat tawaran kepada salah seorang penerima SULUNG, iaitu Mursyazliana Bulkia di rumahnya di  Kampung Lembising,  Sabah.

Kenyataan itu memaklumkan,  Kasim turut menyampaikan bantuan wang tunai RM100 dan bakul makanan kepada pelajar.

“Bantuan yang diberikan  tersebut dapat memudahkan urusan pelajar pada peringkat awal menjalani pengajian di universiti berkenaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.