Kehidupan selepas berumah tangga tidak sama dengan masa bercinta. Bila sudah tinggal sebumbung, tidur sebantal, baru tahu perangai sebenar pasangan masing-masing. Itu kenyataannya. Masa bercinta, ramai yang tidak menjadi diri sendiri. Pasangan sangat penyabar orangnya, tidak pernah marah kalau buat silap. Jika ada kekurangan sekalipun, masing-masing dapat menerimanya dengan hati terbuka. Lebih lama usia perkahwinan itu, maka banyak jugalah dugaan dan ujian yang menerpa. Hanya mereka yang benar-benar cekal, iman…