Siapa kata nak adakan PRU15 masa banjir? - Saravanan

Siapa kata nak adakan PRU15 masa banjir? – Saravanan

M. SARAVANAN ketika mempengerusikan Sesi Taklimat Khas Kementerian Sumber Manusia dihadiri Lim Guan Eng di KSM, Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan memberi bayangan sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa beberapa hari lagi, kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak berlaku ketika musim banjir.

Saravanan berkata, sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sudah mengeluarkan laporan bahawa banjir mungkin berlaku selepas 15 November.

“Soal pokoknya, siapa kata nak adakan PRU15 masa banjir? Kita lihat laporan MetMalaysia mungkin banjir berlaku selepas 15 November (tapi) kalau esok lusa Parlimen dibubarkan, kita masih boleh adakan PRU15 pada minggu pertama atau kedua selepas bubar (Parlimen).

“Dalam Kabinet pun kita sudah berbincang secara meluas mengenai langkah untuk mengatasi bencana dan apa persediaan yang patut dibuat maka kerajaan hari ini bersedia sekiranya PRU15 diadakan sebelum November,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai tarikh sebenar PRU15 selepas mempengerusikan Sesi Taklimat Khas Kementerian Sumber Manusia kepada Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiada banjir besar dijangka berlaku membabitkan mana-mana negeri di Malaysia dari sekarang sehingga awal November kerana negara belum memasuki Monsun Timur Laut. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Lim Ze Hu.

Beliau bagaimanapun berkata, dalam tempoh peralihan monsun yang bermula pada bulan ini dan berterusan hingga November ini, beberapa kawasan masih terdedah kepada hujan serta ribut petir pada sebelah petang.

Mengulas lanjut, Saravanan juga percaya rakyat mampu untuk membuat pilihan bijak dan terbaik pada PRU15 kali ini.

“Saya pelik takkan pembangkang ‘baik’ sangat, kalau kerajaan hari ini buat kesilapan besar buat PRU15 ketika banjir, jika rakyat marah biarlah rakyat marah. Itu kan memihak kepada pembangkang, takkan tiba-tiba mereka nak jaga kepentingan kita. Ini adalah sandiwara politik sebab mereka takut rakyat tak undi pembangkang selepas 22 bulan menderita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya