Serang PM, institusi kerajaan seolah meludah ke langit

Serang PM, institusi kerajaan seolah meludah ke langit

ANNUAR Musa (kiri) meninjau barangan jualan pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di Gudang Panji Makmur Trading, Melor, Kelantan. - FOTO/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan menteri atau timbalan menteri yang menyerang serta mengkritik perdana menteri termasuk institusi kerajaan disifatkan seolah-olah meludah ke langit.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa berkata, tindakan itu jelas menunjukkan kualiti sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, menteri dan timbalan menteri perlu mendukung kerajaan sedia ada dan jika tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut mereka boleh meletakkan jawatan.

“Walaupun Parlimen dibubarkan tetapi menteri dan timbalan menteri masih lagi berfungsi sebagai kerajaan sementara mengikut prinsip ‘collective responsibility’ itu masih lagi berkuat kuasa. 

“Bukan semua lari dan tak mempertahankan apa yang kerajaan lakukan ataupun tidak memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal kerana tanggungjawab berkenaan diserahkan kepada menteri yang tidak ada kaitan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) Melor di Gudang Panji Makmur Trading, di sini hari ini.

Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memberitahu, Wan Ahmad Fayhsal mungkin terlupa anggota jawatankuasa itu juga terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee serta lima yang lain.

Katanya, tuduhan tersebut dan fakta yang dikeluarkan itu jauh tersasar kerana jawatankuasa ini baharu dua bulan diwujudkan menangani inflasi dan ia tidak boleh selesai dalam tempoh berkenaan.

“Kalau hendak melontarkan janji pilihan raya sekalipun berpada-padalah kononnya masalah kerajaan sekarang tak berjaya maka akan datang kerajaan BN akan menyelesaikannya.

“Kita semua ada ‘track record’ di belakang masing-masing. Jadi sekarang kita adalah kerajaan, kalau kita mengaku gagal dan rakyat akan menolak kita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya