Seleweng diesel dalam lori yang diubah suai terbongkar

Seleweng diesel dalam lori yang diubah suai terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan sindiket penyelewengan diesel menggunakan taktik pembelian bahan bersubsidi itu secara berperingkat bagi mengelak kegiatan itu dihidu pihak berkuasa akhirnya terbongkar.

Modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan menggunakan lori yang telah diubah suai sebelum mengisi diesel di stesen minyak yang dikenal pasti sebelum menghantar bahan bakar itu ke sebuah stor haram.

Kegiatan haram itu dilakukan bermula antara pukul 8 pagi hingga 11 malam setiap hari dengan setiap trip pembelian adalah sebanyak 4,000 liter.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Nurul Syarina Md. Anuar berkata,taktik sindiket itu bagaimanapun terbongkar selepas serbuan dilakukan mereka di stesen minyak di Batu 6, Jalan Puchong di sini, kelmarin.

Kata beliau, ketika serbuan dilakukan terdapat dua lori yang diubah suai di stesen minyak berkenaan sedang membuat pengisian diesel bersubsidi dalam kuantiti yang agak besar.

“Pasukan serbuan membuat pemeriksaan terhadap kedua-dua lori dan menyita 4,000 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM8,600.

“Kedua-dua lori turut disita dan dua pemandu lori ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati pembayaran akan dilakukan secara tunai oleh ketua sindiket pada sebelah malam sebelum stesen minyak ini ditutup bagi mengelak daripada dikesan.

“Stesen minyak berkenaan juga akan disiasat bagi memastikan sejauh mana pembabitan dengan pihak sindiket.

“Jumlah keseluruhan sitaan bagi operasi ini dianggarkan bernilai RM68,800.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan iaitu menjalankan urusniaga barang kawalan tanpa memiliki lesen yang sah, manakala stesen minyak disyaki melanggar arahan pengawal bekalan iaitu membenarkan pembelian secara berulang bagi sebuah kenderaan pada hari yang sama,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Nurul Syarina, siasatan juga akan dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya