SC dapat aduan, bukti sebelum gantung lesen Nazri Khan - Utusan Malaysia

SC dapat aduan, bukti sebelum gantung lesen Nazri Khan

DDNK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd. (IPAM) Datuk Nazri Khan Adam Khan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dibuat selepas menerima aduan dan bukti.

Pengerusi Eksekutif SC, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, tindakan tidak akan dibuat oleh SC secara sembarangan dan pihaknya telah menerima aduan yang secukupnya untuk menjalankan siasatan serta mendapatkan bukti yang membawa kepada penggantungan tersebut.

Katanya, SC harus bersikap bertanggungjawab supaya sebarang tindakan yang diambil tidak menyebabkan gangguan kepada pasaran.

“Orang kata kenapa SC bertindak lambat, tetapi sebenarnya kami bukan lambat tetapi perlu mengumpulkan bukti-bukti.

“Kita tak mahu setiap kali orang buat aduan, kita terus hantar pasukan untuk menggeledah syarikat itu. Kalau syarikat itu adalah syarikat disenaraikan, ia akan memberi kesan pada harga saham yang akan jatuh.

“Jadi, apa-apa tindakan yang diambil adalah sesuatu yang wajar dan setelah dikaji serta dinilai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Pelabur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang bermula hari ini hingga 16 Oktober, di sini hari ini.

Semalam, IPAM mengeluarkan kenyataan bahawa lesen Nazri Khan telah digantung selama enam bulan berkuat kuasa sejak 6 Oktober 2022.

IPAM memberitahu, pihaknya sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu dan menegaskan penggantungan itu adalah disebabkan pelanggaran pentadbiran dan bukan mengenai pengurusan dana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.