KEJADIAN banjir besar hujung tahun lalu menyebabkan Sungai Gabai, iaitu antara kawasan air terjun menarik di Hulu Langat, Selangor, terpaksa ditutup kepada orang ramai.
Namun usaha membaik pulih tapak perkhemahan berhampiran Sungai Gabai itu dilakukan secara gotong-royong menjadikan lokasi tersebut dapat dibuka kembali sejak Mac tahun ini.
Sejak itu, lokasi berkenaan terus menerima kunjungan dan mendapat sambutan menggalakkan khususnya pada bulan Mei ketika musim durian dan cuti umum. – UTUSAN