Saarani senyum lebar selepas menghadap Sultan Perak

Saarani senyum lebar selepas menghadap Sultan Perak

SAARANI Mohamad melambai tangan ke arah pemberita selepas menghadap menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meninggalkan Istana Kinta pada pukul 3.30 petang tadi selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Saarani dilihat meninggalkan pekarangan Istana Kinta selepas lebih satu jam dilihat masuk ke istana berkenaan pada pukul 2.08 petang tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Volvo berwarna hitam turut dilihat tersenyum dan melambai tangan ke arah pengamal media.

Difahamkan, satu sidang akhbar khas akan diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan sebentar lagi berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Terdahulu, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan tiba di Istana Kinta bagi memohon perkenan Sultan Nazrin untuk membubarkan DUN Perak bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) didakan serentak dengan Parlimen.

Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim turut hadir di Istana Kinta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya