PETALING JAYA: Kerajaan bercadang memperuntukkan RM36.1 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan melalui Bajet 2023.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan itu merupakan satu peningkatan terbesar berbanding RM32.4 bilion pada 2022.
RM4.9 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam, dengan peningkatan 12 peratus berbanding tahun 2022.
RM1.8 bilion diperuntuk bagi membina hospital, klinik dan fasiliti baru, serta untuk perolehan peralatan perubatan.
RM420 juta diperuntuk bagi membaiki hospital dan klinik daif serta penggantian peralatan usang.
Kerajaan juga bercadang memberikan pengecualian duti import dan cukai jualan terapi gantian nikotin bagi menggalakkan rakyat menghentikan tabiat merokok.
RM80 juta bagi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) Termasuk saringan penyakit kencing manis.
RM734 juta bagi program MySalam yang akan memanfaatkan 1.5 juta individu B40, termasuk 500,000 individu yang menerima pampasan disebabkan Covid-19. – UTUSAN










