PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi menggalakkan Keluarga Malaysia melancong di destinasi pilihan dalam negara.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu berupa diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni.
“Hotel di Malaysia wajar memainkan peranan untuk memaparkan kraf tangan hasil pengusaha tempatan kepada pelancong.
“Bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan mengutamakan kraftangan tempatan, kerajaan mencadangkan potongan cukai khas kepada hotel yang membeli produk kraftangan tempatan dengan kos pembelian sehingga RM500,000,” katanya. – UTUSAN










