RM13 untuk tiga orang makan, netizen kagum

RM13 untuk tiga orang makan, netizen kagum harga murah

TANGKAP layar video dimuat naik pengguna TikTok M. Abdul Salam mengenai kedai makan di Medan Selera Puchong Perdana yang masih berniaga dengan harga murah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Murah ibarat harga makanan seperti zaman 90-an membuatkan netizen kagum dengan operasi kedai makan di Medan Selera Puchong Perdana, Puchong dekat sini.

Kedai makan itu meraih pujian netizen selepas satu perkongsian video yang dimuat naik pengguna TikTok, M. Abdul Salam mengenai harga makanan yang hanya berjumlah RM13 untuk tiga orang makan.

Pengguna TikTok itu  berkata, selama setahun dia makan di kedai tersebut, harganya tidak pernah berubah dan masih mengekalkan harga sama.

“Ini bukan silap kira ya. Dah setahun saya makan di sini dan harganya memang save pocket. Saya orang Gombak, terkejut juga bila mula-mula sampai Puchong, tiga orang makan pun baru  RM13,” katanya.

Perkongsiannya itu meraih perhatian dan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kagum, namun ada yang mempersoal harga makanan tersebut.

“Salah kira kot ni, takkan nasi campur tiga, air tiga, RM13 tambah dengan lauk ayam dan ikan,” komen seorang pengguna TikTok @haziqQu.

“Mungkin dia kira untuk seorang makan RM13.90, kalau 3 orang makan maka darab tigalah kesemuanya,” soal seorang lagi pengguna TikTok yang sukar mempercayai harga makanan itu.

Namun, Abdul Salam dan beberapa pengguna TikTok yang pernah ke kedai tersebut berkata, harganya memang murah dan berbaloi berbanding dengan kedai makanan yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya