Rakyat Johor jangan tertipu lagi - MB

Rakyat Johor jangan tertipu lagi – MB

ONN HAFIZ GHAZI dan Hishammuddin Tun Hussein menghadiri Karnival Tentera Darat di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Rakyat negeri ini diingatkan supaya tidak tertipu lagi dengan tipu daya puak-puak tertentu seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, apabila ura-ura diadakan PRU15, kumpulan berkenaan sekali lagi cuba  menipu rakyat menerusi pelbagai tohmahan yang ditularkan, terutama dalam media sosial. 

Katanya, itu adalah medan yang digunakan mereka sebelum ini yang menyebabkan orang ramai percaya sehingga menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas lebih 60 tahun memerintah negara. 

“Oleh yang demikian, rakyat negeri Johor diingatkan untuk meneliti kebenaran setiap cerita yang diviralkan kerana jika tersilap penerimaan menyebabkan kita menyesal kemudian hari.  Justeru, medan perang menerusi media sosial ini harus dihadapi dengan senjata yang ampuh bagi menangkis setiap serangan,” katanya dalam ucapannya ketika hadir bersama-sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Majlis Penutupan Karnival Tentera Darat di Taman Sri Lambak, dekat sini hari ini. 

Beliau berkata, setiap janji yang ditaburkan dalam apa juga cara oleh pihak berkaitan harus dilihat dari pelbagai sudut kerana dikhuatiri sekadar janji yang tidak mampu ditunaikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya