Raja Kamarul Baharin bertanding Parlimen Kuala Terengganu

Raja Kamarul Bahrin beri bayangan bertanding Parlimen Kuala Terengganu

RAJA KAMARUL BAHRIN RAJA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membayangkan bakal bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu berkata, setakat ini, dia tidak dapat mengesahkan kerusi yang bakal ditandingi kerana belum dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti.

“Nama senarai calon semuanya telah dihantar dan sedang dalam penilaian. Ia akan diputuskan dalam Konvensyen PH di Perak, esok. Selepas itu, barulah PH akan mengumumkan senarai nama calon yang terpilih di peringkat negeri-negeri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam PRU14, Parlimen Kuala Terengganu dimenangi calon Pas, Amzad Hashim dengan majoriti 14,773 undi setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Nawawi Wan Ismail dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Raja Kamarul Bahrin.

Selain itu, Raja Kamarul Bahrin memberitahu, PH Terengganu juga akan menampilkan beberapa muka baru bertanding di beberapa kerusi Parlimen.

“PH Terengganu bakal mengetengahkan muka-muka baru dan calon muda  bersama dengan mereka yang lebih berpengalaman sebagai calon pakatan parti tersebut” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, BN mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh bertujuan menyusahkan parti pembangkang untuk mendapat kemenangan.

“Pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 dalam musim tengkujuh adalah perancangan rapi BN untuk menang secara mudah yang bertujuan mengurangkan peratusan keluar mengundi terutama dalam kalangan penyokong pembangkang,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.