PRU15: Pas arah jentera parti bersedia, dilarang bersuara kepada media - Utusan Malaysia

PRU15: Pas arah jentera parti bersedia, dilarang bersuara kepada media

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas mengarahkan seluruh jentera pilihan raya parti di semua peringkat bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua peringkat parti perlu menumpukan kepada usaha memantapkan gerak kerja pilihan raya seperti yang dirancang terutama melalui pengarahan Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.

Katanya, sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi mengelakkan timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan perjuangan parti.

“Semua pemimpin dan ahli Pas dikehendaki menjaga serta mematuhi tanzim dan disiplin parti dengan menerima segala ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat atas dasar walak dan taat yang tidak berbelah bahagi.

“Pas akan terus memberikan khidmat nasihat bakti kepada negara dan rakyat selepas pilihan raya bersama-sama dengan gabungan muafakat politiknya yang mempunyai matlamat sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan pada tahun ini juga.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, susulan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya