PRU15: Ku Li seru undi 18 keluar jalankan tanggungjawab - Utusan Malaysia

PRU15: Ku Li seru undi 18 keluar jalankan tanggungjawab

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li menyeru pengundi berusia 18 tahun untuk keluar beramai-ramai menjalankan tanggungjawab pada negara sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang itu berkata, peluang sebagai pengundi kali pertama itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membentuk kerajaan yang lebih stabil selepas PRU15.

“Guna kesempatan yang ada ini dengan sebaik mungkin. Kalau kita tak suka kepada seseorang tak perlu undi dia.

“Cari dan pilih yang lain. Tetapi jangan sia-siakan peluang ini yang sudah diberi kepada kita. Gunakan kesempatan ini sebaik mungkin,” katanya menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, semalam.

Ku Li memberitahu, golongan muda tidak perlu memboikot sebaliknya keluar mengundi seperti biasa.

Katanya, beliau mahu golongan itu mengambil peluang keluar mengundi dan mencorakkan semula pemerintahan negara.

“Kalau kita nak kepada mereka yang diyakini rasa memberi pemerintahan yang baik, manfaatkanlah peluang ini dengan sebaik mungkin,” jelasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian.

Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari mengundi awal pula pada 15 November. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN