PRU15: Khairy masih tiada kerusi 

PRU15: Khairy masih tiada kerusi 

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin masih tiada kerusi tertentu untuk bertanding bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

“Kalau saya sudah tahu kawasan mana saya tidak perlu begitu risau, tapi saya sendiri belum diberitahu.

“Saya serahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk tentukan saya berdiri di mana,” katanya semasa sidang media Majlis Perasmian CRM Trial Connect.

Terdahulu, KJ berkata, beliau tidak akan mempertahankan Rembau pada PRU15, kerusi yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Beliau akur dengan arahan parti walaupun mengakui tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain selain Rembau. 

Apabila ditanya mengenai apa yang dapat diharapkan dari aspek kesihatan bagi manifesto Barisan Nasional (BN), beliau mengatakan bahawa sebagai Menteri Kesihatan beberapa cadangan sedang disediakan dan akan dihantar dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya