PRU15: DUN Perak bubar hari ini - Utusan Malaysia

PRU15: DUN Perak bubar hari ini

SAARANI Mohamad pada sidang akhbar mengenai pembubaran DUN Perak di Pejabat Daerah dan Tanah Tapah hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembubaran itu selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Saya telah menyembah warkah permohonan pembubaran DUN Perak ke-14 untuk pertimbangan Paduka Seri Sultan Perak selaras dengan Perkara 32(2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak di mana baginda bertitah sebarang ketetapan akan diumumkan selepas baginda berkenan membuat keputusan.

“Maka sukacita dimaklumkan, hari ini saya telah menerima warkah pengisytiharan daripada Sultan Nazrin yang membawa maksud baginda telah memberi perkenan DUN Perak ke-14 dibubarkan berkuatkuasa hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang di sini hari ini.

Perak mengikut jejak dua lagi negeri ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis dan Pahang yang membuat keputusan membubarkan DUN masing-masing pada Khamis dan Jumaat lalu.

DUN Perak sebelum ini menjadi tumpuan apabila satu-satunya negeri ditadbir oleh BN yang belum mendapat perkenan Sultannya bagi pembubaran Dewan Negeri.

Dewan Negeri Perak diwakili oleh 59 kerusi DUN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.