PRU15: BN mampu kembalikan semula kestabilan politik

PRU15: BN mampu kembalikan semula kestabilan politik

MD. Alwi Che Ahmad (kiri) turut mengambil peluang membuat hiasan kek ketika melawat pameran pada Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan 2022 di SMK Kok Lanas, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan terbaik yang mampu mengembalikan semula kemakmuran dan kestabilan politik di negara ini jika diberi mandat untuk mentadbir negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Setiausaha BN negeri Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad berkata, perkara itu jelas dapat dilihat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih tampuk pentadbiran mampu membawa keluar negara daripada kemelut pandemik Covid-19.

“Pendekatan kita ialah untuk menstabilkan keadaan politik negara yang selama ini tidak stabil memandangkan dalam tempoh lima tahun ini, kita sudah mempunyai tiga kerajaan.

“Dari situ, perbandingan dapat dibuat dan sebab itu, Ismail Sabri menyerah balik kepada rakyat supaya rakyat dapat memilih kerajaan yang stabil dan lebih baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kok Lanas, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Md. Alwi memberitahu, pihaknya optimis mampu merampas kembali dua kerusi di Parlimen Jeli dan Tanah Merah yang menjadi milik parti itu pada PRU14 lalu.

Katanya, hal ini kerana penyandang kerusi itu Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kedua-dua tokoh berkenaan hanya mempunyai aura ketika bersama dengan BN sebelum ini.

Sekarang ini aura dia jadi Menteri dan Timbalan Menteri. Kalau dia tak jadi (Menteri dan Timbalan Menteri) tak ada aura kerana (sebelum ini) dia berpegang kepada keris kalau keris Taming Sari tu tak ada (maka) tak ada lah dia.

“Ya, kita ingat selama ini dia adalah permata, rupa-rupanya dia kaca. Ternyata dia tidak pernah kekal pada perjuangan dan yang penting ialah dia dapat semua (bila) dia dapat jadi Menteri, dia pergi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya