PRU15: Bersatu 'mahu' tawan kerusi UMNO di Kelantan

PRU15: Bersatu ‘mahu’ tawan kerusi UMNO di Kelantan

KAMARUDIN Md. Nor (kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Bersatu Pasir Puteh selepas mengadakan perjumpaan di Pasir Puteh, Kelantan semalam. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri mahu menggempur seterusnya menawan kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebelum ini pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, kawasan parlimen yang dimaksudkan itu ialah Ketereh, Machang dan Gua Musang.

“Daripada 14 kawasan parlimen di negeri ini, kita hanya menawarkan perkhidmatan di tiga kawasan parlimen menerusi kerjasama dengan Pas di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Senarai nama tokoh terbabit juga sudah dibincangkan bersama kepemimpinan Pas sebelum Dewan Rakyat dibubarkan dan proses itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya  kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa  Bahagian Bersatu Pasir Puteh di sini, semalam.

Kamarudin memberitahu, bagaimanapun cadangan tersebut tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan parti.

Katanya, keputusan untuk bertanding di tiga kawasan parlimen juga adalah sebahagian persetujuan kepemimpinan Bersatu negeri berdasarkan cadangan ahli di peringkat akar umbi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya