PRU15: Balik Pulau, Permatang Pauh, Batu Kawan kawasan panas

PRU-15: Balik Pulau, Permatang Pauh, Batu Kawan kawasan panas

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kawasan kerusi panas di negeri itu sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) iaitu masing-masing Parlimen Permatang Pauh; Batu Kawan dan Balik Pulau.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, tiga kawasan itu dikenal pasti sebagai kawasan panas berdasarkan insiden-insiden yang berlaku ketika PRU-14.

“Terdapat insiden pada PRU-14 seperti ada pihak yang menahan kereta polis dan kereta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kita harap insiden sedemikian tidak berlaku pada pilihan raya kali ini.
”Bagaimanapun, pada masa ini menerusi risikan kita tidak ada maklumat yang menyatakan tempat-tempat ini akan berlaku situasi sebegitu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shuhaily, PDRM Kontinjen Pulau Pinang telah membahagikan penugasan pilihan raya kepada dua skop besar iaitu melibatkan penugasan yang dipohon oleh SPR.

Katanya, skop kedua ialah memastikan keselamatan rakyat terjamin bermula daripada tempoh penamaan calon hingga keputusan pilihan raya.

”Seramai 4,514 anggota dan pegawai polis atau 73.51 peratus daripada keseluruhan jumlah anggota di kontinjen Pulau Pinang digerakkan untuk penugasan sepanjang PRU-15.

”PDRM Pulau Pinang di peringkat daerah dan kontinjen juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan perincian penugasan dengan pihak SPR,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis juga akan mengadakan pertemuan dengan semua calon atau wakil calon PRU-15 bagi mengingatkan mereka tentang peraturan serta undang-undang pilihan raya yang perlu mereka patuhi sepanjang tempoh berkempen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.