PRU ketika musim banjir 'kerja gila' - Rafizi

PRU ketika musim banjir ‘kerja gila’ – Rafizi

RAFIZI Ramli berucap pada program Jelajah Ayuh Malaysia Parlimen Tapah di Tapak Expo Bukit Baldwin, Tapah, Perak,  semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: PKR menyifatkan langkah mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada musim banjir sebagai ‘kerja gila’.

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, gesaan individu tertentu untuk pilihan raya diadakan dalam masa terdekat dilihat demi kepentingan diri tanpa memikirkan kesusahan dialami rakyat.

“Perkiraan ‘dia’ hanyalah untuk kembali ke Putrajaya. Dia tidak kisah orang nak tenggelam ke, rumah orang nak rosak ke, dia tidak kisah. 

“Di tempat lain, kalau kita tahu bencana akan tiba, seluruh negara tumpu kepada usaha-usaha untuk membantu orang. Itu sebab saya sendiri lantang (bantah) dan berasakan (melaksanakan pilihan raya ketika musim banjir) kerja gila,”  katanya ketika berucap pada program Jelajah Ayuh Malaysia Parlimen Tapah di Tapak Expo Bukit Baldwin di sini semalam.

Menurutnya, jika pilihan raya tetap diadakan ketika musim tengkujuh, ia bukan sahaja menyusahkan pengundi malah kakitangan kerajaan termasuk pasukan keselamatan.

“Soalnya sekarang bukan kita, rumah kita, kita akan bersedia dan jaga. Soalnya sekarang pegawai-pegawai kerajaan, tentera, polis dan pegawai di pejabat daerah yang bermesyuarat setiap minggu untuk persediaan banjir.

“Jadi, kalau bubar Parlimen, segala tumpuan dan persediaan akan beralih kepada pilihan raya. Mereka inilah juga yang akan mengendalikan pilihan raya termasuk jaga keselamatan dan jadi ketua tempat mengundi,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya