Premis borong telur ayam caj 60 sen diperiksa 

Premis borong telur ayam caj 60 sen diperiksa 

BEBERAPA anggota KPDNHEP Selangor memeriksa premisyang mengenakan caj pengendalian sebanyak 60 sen bagi setiap bekas di Klang, Selangor. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebuah premis pemborong telur ayam di daerah ini yang tular mengenakan caj pengendalian sebanyak 60 sen bagi setiap bekas diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kira-kira pukul 10.30 hari ini

Pemeriksaan menyeluruh itu dilakukan tiga anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor, kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Mohd. Khairi Jamaludin berkata, semakan pihaknya mendapati premis itu adalah pemborong yang menjual telur ayam pelbagai gred kepada peruncit atau peniaga.

Kata beliau, urus niaga yang dijalankan bagaimanapun tidak melibatkan pengguna.

“Premis itu memperoleh bekalan telur dari Melaka dan turut dikenakan caj pengendalian 60 sen bagi setiap ‘tray’ (bekas) yang dibeli. Pemeriksaan mendapati premis itu mematuhi penandaan harga caj dikenakan kepada pembeli, tanda harga merah jambu dan peruntukan maklumat di dalam resit jualan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Khairi berkata, premis itu bagaimanapun diberikan Notis Bertulis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi memberi justifikasi atas pengenaan caj berkenaan.

Katanya, pihaknya dengan kerjasama KPDNHEP Melaka turut mengeluarkan notis kepada pembekal telur berkaitan mendapatkan penjelasan berkaitan caj yang dikenakan dalam urus niaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.