Polis Kelantan minta media henti laporan kes dalam siasatan

Polis Kelantan minta media henti lapor kisah penculikan ejen kosmetik kerana kes dalam siasatan

MUHAMAD ZAKI HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan meminta pengamal media tidak melaporkan berita-berita melibatkan penculikan ejen kosmetik kerana kes masih dalam siasatan pihaknya yang melibatkan ancaman keselamatan.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun terkilan dengan tindakan sesetengah pengamal media yang mengambil kesempatan mengeluarkan berita terutama temu bual dengan mangsa tanpa mengira situasi dan keselamatan mangsa.

Katanya, Muhammad Zaki terpanggil untuk membuat teguran keras kepada para pengamal media ekoran penyiaran berita kes-kes menarik melibatkan kes yang masih dalam siasatan polis.

“Ketua Polis negeri telah memaklumkan pada sidang media semalam untuk tidak mengganggu mangsa dan ahli keluarga. 

“Beliau terkilan dengan tindakan sesetengah pengamal media yang mengambil kesempatan mengeluarkan berita tersebut tanpa mengira situasi dan keselamatan mangsa,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Ketua Polis Kelantan berharap perkara itu tidak akan berulang lagi. 

Katanya, IPK akan mengambil tindakan tegas ke atas wartawan dan syarikat media yang masih tidak memberikan kerjasama berhubung perkara tersebut.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh IPK Kelantan selepas beberapa media hari ini menyiarkan temu bual dengan ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi yang dibawa lari dari rumahnya pada 13 September.

Mangsa dipercayai menceritakan detik-detik dia  diculik dan dibawa ke negara jiran kepada media yang hadir mengiringi lawatan seorang wakil rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya