Polis berkas warga emas kaki judi kuda

Polis berkas warga emas kaki judi kuda

WARGA emas yang berada di tempat awam diperiksa oleh pihak polis dalam serbuan membenteras aktiviti perjudian di Jalan Dato' Haji Mohd. Noah, Kampung Abdullah, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Polis menumpaskan kegiatan perjudian lumba kuda yang beroperasi di sebuah lokasi terbuka di Jalan Dato’ Haji Mohd. Noah, Kampung Abdullah, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, lokasi itu yang juga menjadi tempat berkumpul kaki judi terbabit diserbu pukul 2.20 petang.

“Seramai enam individu termasuk penganjur dan pemain berusia antara 55 hingga 72 tahun warga tempatan telah ditahan.

“Serbuan oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat itu telah diintip beberapa jam
sebelum itu.

“Pelbagai peralatan yang digunakan untuk kegiatan itu turut dirampas, antaranya tujuh telefon bimbit pelbagai jenama, senaskah akhbar berbahasa Cina serta wang tunai berjumlah RM2,089,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ahmad Zamry memberitahu, kaki judi lumba kuda kini mengubah taktik dengan menggunakan kawasan terbuka dan kelihatan santai di kawasan tumpuan warga emas berbanding lokasi dalam bangunan yang lazimnya menjadi pusat aktiviti perjudian itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya