Pilihan raya bukan keutamaan parti Muda - Utusan Malaysia

Pilihan raya bukan keutamaan parti Muda

parlimen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sepatutnya membincangkan isu yang perlu diketengahkan dalam belanjawan negara dan bukannya menumpukan kepada usaha membubarkan Parlimen.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long berkata, beberapa isu mustahak seperti krisis iklim di negara ini, kejatuhan nilai mata wang ringgit, inflasi dan kebajikan rakyat sepatutnya menjadi agenda utama.

Justeru, Luqman menyifatkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO kelmarin sangat mengecewakan selain tidak bersetuju Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

“UMNO ada tanggungjawab dan peluang yang besar untuk membangkitkan perkara ini dalam Bajet 2023 khusus krisis iklim dan perubahan cuaca.

“Dalam belanjawan 2020, kita sudah ada bajet untuk pandemik Covid-19, tahun 2021 pula mengenai pemulihan dan tahun ini kerajaan kena melabur dalam Bajet 2023 untuk krisis iklim.

“Malangnya, tiada agenda dalam mesyuarat, sebaliknya hanya duduk berbincang mengenai bila nak membubarkan Parlimen dan pilihan raya umum,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar ini turut menghubungi Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdullah bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan telefon dimatikan.

Mengulas lanjut, kata Luqman, sekiranya tiada jalan apabila pilihan raya terpaksa diadakan tahun ini, partinya tetap bersedia menghadapi peristiwa tersebut.

“Kalau bubar, kami bersedia masuk ke gelanggang politik dengan membawa calon-calon berwibawa, mengangkat manifesto dan perjuangkan isu rakyat. Tetapi, saya tetap berpandangan bahawa isu rakyat harus diutamakan dan sekarang kita tidak boleh buat pilihan raya lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya