PH umum calon setelah rundingan dengan Muda, PSM selesai - Utusan Malaysia

PH umum calon setelah rundingan dengan Muda, PSM selesai

ANWAR Ibrahim berucap pada Konvensyen PH di Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan agihan kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat setelah rundingan bersama rakan kerjasamanya selesai.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini, agihan kerusi bagi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih belum dimuktamadkan.

Katanya, rundingan sedang dijalankan melibatkan dua parti berkenaan sebelum sebarang kenyataan dapat dikeluarkan.

“Pakatan Harapan selesai cuma sedang runding dengan Muda dan PSM, jadi kita tangguh pengumuman (jumlah kerusi).

“Tapi bagi Pakatan Harapan terutama DAP, Amanah dan PKR, sudah selesai,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh Convention Center di sini.

Sementara itu, mengulas keputusannya bertanding di kerusi Parlimen Tambun, beliau berkata, perkara itu dibuat bagi membantu kawasan utara Semenanjung.

“Pertamanya, ia bukan kerusi PH dan keduanya saya rasa bertanggungjwab untuk melonjakkan gerakan di utara termasuk di Perak dan di selatan Kedah terutamanya.

“Ia juga bagi meneruskan pencapaian di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor,” katanya.

Terdahulu, Anwar pada konvensyen berkenaan mengumumkan bertanding di kerusi Parlimen Tambun selain dinamakan sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PH menjadi kerajaan pada PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN