PRU15: PH umum empat lagi calon di Kedah, DAP letak Melayu

PRU-15: PH umum empat lagi calon di Kedah, DAP letak calon Melayu di Jerai

MOHAMED Taufiq Johari mengetuai bacaan ikrar calon PH pada Majlis Pengisytiharan Calon PH Kedah di Laguna Merbok, Sungai Petani di sini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Parlimen Jerai memecah tradisi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila Pakatan Harapan (PH) bakal mempertaruh calon daripada DAP untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu buat pertama kali.

Menerusi majlis pengumuman yang dilakukan malam tadi, Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff dinamakan akan bertanding di kerusi tersebut yang ketika ini disandang Perikatan Nasional (PN) menerusi Pas, Sabri Azit.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar pula antara empat wakil Parti Amanah Negara (Amanah) yang turut disenaraikan dengan beliau akan kekal mempertahan Parlimen Pokok Sena.

Turut menarik perhatian adalah Parlimen Sik yang mempertaruh seorang calon wanita yang juga bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Latifah Md. Yatim.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Padang Terap, Muaz Abdullah pula diletakkan untuk bertanding di Parlimen Padang Terap, manakala Parlimen Baling akan ditandingi Ketua Amanah Kawasan itu, Johari Abdullah.

Terdahulu, PKR sudah mengumumkan kesemua calon mereka di seluruh negara dengan sembilan individu tersenarai untuk bertanding di Kedah.

Mereka antaranya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan mempertahan Parlimen Kulim Bandar Baharu: Dr. Azman Ismail (Kuala Kedah); Nur Azrina Surip (Merbok); M. Karupaiya (Padang Serai).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min pula akan bertanding di Parlimen Alor Setar sementara Mohammed Taufiq Johari (Sungai Petani) dan Datuk Zulkifly Mohamad (Pendang) antara muka baharu ditampilkan PH selain Dr. Mohamed Fadzil Mohd. Ali (Jerlun) dan Aizuddin Ariffin (Kubang Pasu).

Dalam pada itu, kerusi Parlimen Langkawi yang sudah disahkan akan dipertahankan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada PRU15 belum dinamakan sebarang calon oleh PH termasuk sama ada kuota daripada komponen mana.

Senarai calon PH di Kedah:

  1. Jerlun – Dr. Mohamed Fadzil Mohd. Ali
  2. Kubang Pasu – Aizuddin Ariffin
  3. Padang Terap – Muaz Abdullah
  4. Pokok Sena – Datuk Mahfuz Omar
  5. Alor Setar – Simon Ooi Tze Min
  6. Kuala Kedah – Dr. Azman Ismail
  7. Pendang – Datuk Zulkifly Mohamad
  8. Jerai – Zulhazmi Shariff
  9. Merbok – Nor Azrina Surip
  10. Sik – Datuk Latipah Md. Yatim
  11. Sungai Petani – Mohammed Taufiq Johari
  12. Baling – Johari Abdullah
  13. Padang Serai – M. Karupaiya
  14. Kulim Bandar Baharu – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Mahfuz yang ditemui berkata, pihaknya berpuas hati dengan senarai yang diumumkan termasuk pembabitan calon muda yang pertama kali bertanding.

“Satu sahaja kerusi tidak diumumkan lagi iaitu calon PH di Parlimen Langkawi, saya jangka kita akan mengumumkannya dalam tempoh sehari dua lagi.

“Kita percaya kehadiran ramai calon muka baharu dan anak muda serta bekas pegawai kanan kerajaan, mampu memberi keyakinan pengundi kepada PH,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya