Petronas sampai sumbangan kepada agensi penyelamat

Petronas sampai sumbangan kepada agensi penyelamat

MOHAMMAD Ahmad Shazly Ramli (tengah) menyampaikan sumbangan Petronas kepada Tengku Farok Hussin di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Petronas  menyampaikan sumbangan kepada agensi penyelamat Terengganu di dalam usaha membantu agensi berkenaan membuat persediaan menghadapi banjir tidak lama lagi.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, antara peralatan yang disampaikan termasuklah empat unit bot yang dilengkapi dengan enjin, tangki bahan api, kemudahan roda mudah alih, 1,000 unit khemah (C-Tent), 700 unit jaket keselamatan dan 7,000 helai baju hujan.

Menurutnya, Petronas menghargai  komitmen yang diberikan oleh kerajaan negeri serta semua agensi penyelamat di dalam operasi banjir yang pernah berlaku di Terengganu selama ini.

“Petronas berharap agar sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu agensi penyelamat dalam membuat operasi sepanjang musim tengkujuh nanti.

“Sumbangan hari ni adalah sebahagian daripada 36 buah bot, 8,800 buah khemah, 5,500 unit jaket keselamatan dan 55,000 helai baju hujan yang disumbangkan Petronas ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan semua sumbangan tersebut kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil di Wisma Darul Iman hari ini.

Tambahnya, sumbangan itu juga merupakan sebahagian daripada komitmen Petronas dalam membantu mangsa banjir bernilai RM25 juta seperti mana yang diumumkan pada Disember 2021 yang lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya